Rabu, 7 Disember 2016

Dracula Bermulanya Sebuah Legenda



Nama Penulis: Ghazali

Harga: RM 23.00

Jumlah Muka Surat: 263 muka surat



Dalam budaya popular, Dracula digambarkan oleh Barat sebagai raja puntianak yang kehausan darah. Namun disebalik lagenda tersebut, sejarah puntianak ini berasal daripada seorang raja yang kejam yang memerintah sebuah wilayah yang terletak diantara Kerajaan Hungary dan Kerajaan Turki Uthmaniyah iaitu wilayah Wallachia.  Nama raja itu adalah Raja Vlad III Dracula.

Novel ini menceritakan kisah hidup Vlad dan adiknya yang bermula kisah perjalanan hidup di dalam Istana Tokat. Kisah hidup, dendam, pertembungan dengan pemerintah Empayar Turki Uthmaniyah iaitu Sultan Muhammad Al-Fateh yang sangat sengit akhirnya menjadikan diri Vlad III dikenali sebagai Vlad The Impale yang tidak mempunyai belas simpati dan kejam terhadap musuh-musuhnya.

Kisah-kisah inilah yang telah dicampur adukkan  diantara fakta dan mitos yang akhirnya bermulalah sebuah lagenda yang diberi nama Dracula

Tiada ulasan:

Catat Ulasan