Rabu, 7 Disember 2016
Dracula Bermulanya Sebuah Legenda
Nama Penulis: Ghazali
Harga: RM 23.00
Jumlah Muka Surat: 263 muka surat
Dalam budaya popular, Dracula digambarkan oleh Barat sebagai raja puntianak yang kehausan darah. Namun disebalik lagenda tersebut, sejarah puntianak ini berasal daripada seorang raja yang kejam yang memerintah sebuah wilayah yang terletak diantara Kerajaan Hungary dan Kerajaan Turki Uthmaniyah iaitu wilayah Wallachia. Nama raja itu adalah Raja Vlad III Dracula.
Novel ini menceritakan kisah hidup Vlad dan adiknya yang bermula kisah perjalanan hidup di dalam Istana Tokat. Kisah hidup, dendam, pertembungan dengan pemerintah Empayar Turki Uthmaniyah iaitu Sultan Muhammad Al-Fateh yang sangat sengit akhirnya menjadikan diri Vlad III dikenali sebagai Vlad The Impale yang tidak mempunyai belas simpati dan kejam terhadap musuh-musuhnya.
Kisah-kisah inilah yang telah dicampur adukkan diantara fakta dan mitos yang akhirnya bermulalah sebuah lagenda yang diberi nama Dracula
Khamis, 17 November 2016
Fitnah terhadap Sahabat Rasulullah, Merungkai Kontroversi Menyingkap Realiti
Nama Penulis: Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Harga: RM 15.00
Jumlah Muka Surat: 167 muka surat
Buku Fitnah terhadap Sahabat Rasulullah antara buku yang saya suka baca walaupun berulang kali. Yang bestnye pasal buku ini, dia ceritakan segala kisah-kisah para sahabat nabi junjungan kita yang telah diputarbelitkan oleh musuh-musuh Islam.
Buku ni jugak ade dalil-dalil atau bukti untuk hujah-hujah yang digunakan untuk menjawab segala persoalan yang telah dikemukakan. Jadi disarankan untuk beli buku ni, bace sendiri untuk memahami segala persoalan. Buku ni tak tebal, nipis je. Kalau boleh bace dari muka surat 1 sampai habis, jangan bace sekerat-kerat. Nanti ade je yang tidak faham. So, Selamat Membaca ye..!!!
Salahudin Ayubi Penakluk Jerusalem
Nama Penulis: Abd. Latip Talib
Harga: RM 26.90
Jumlah muka surat: 289 halaman
Jenis Buku: Novel Sejarah Islam
Ringkasan Cerita:
Mengisahkan perjuangan seorang lelaki, bernama Salahudin al-Ayubi, yang telah bangkit untuk memperjuangkan Islam. Beliau hidup pada zaman Perang Salib sekitar abad ke-11 Masihi. Di Barat, beliau dikenali sebagai Saladin.
Dengan didikan agama dan ilmu peperangan sejak kecil, maka tidak hairanlah kehidupan beliau adalah untuk agama sahaja. Setiap apa yang ingin dilakukan atau membuat keputusan adalah berdasarkan agama sahaja.
Kehidupan yang zuhud telah memberikan perbezaan yang ketara diantara pemimpin-pemimpin lain dengan beliau. Seperti yang diceritakan didalam buku ini, setelah beliau meninggal dunia, harta yang dimiliki tidak boleh dibahagikan diantara anak-anaknya dan juga tidak cukup untuk menguruskan jenazah beliau.
Langgan:
Catatan (Atom)


